Sabtu, 3 November 2012

Baru cuba cuba sketch gambar

Okay harini aku tak boleh nak mengupdate blog ni sesangat nanti satu apa keje pun tak jalan. Apa2 pun sebagai seorang ibu dan isteri kita mesti sudahkan tanggungjawab yang praktikal dulu. Anak2 nak makan, kain baju nak dilipat rumah nak diselenggara jugak agar keluarga tinggal ditempat yang bersih dan selesa.

Cuma sikit je nak share hehehe sempat lagi. Malam tadi baru install picture sketch application, tp yg ni mcm cantik skit lah nama application ni "Sketch Guru" android lerr. Tapi kalau korang ada yang lebih cantik lagi info2 lah yea.

Ni diantara pic2 yg aku sketch!! hehehehe



smile :-) yeyyyyy!!!



yg ni?? omg konon2 menggodlah tu....hehehe perasan lebeyy!!



K lah uolss, Ryan da mintak 'tutus'. bukan nak susu tau, tapi nak menulis, menyonteng....scrap book dia dan pensil. Nanti aku tunjukkan lukisan2 dia ekk...hahahaha.....

:-)

Minat anak anak

besok hubby balik, tak sabar rasanya.. rindu sangat2. tahun ni adalah tahun ke-12 aku mendirikan rumahtangga, pahit manis susah senang semua aku dan hubby tangani bersama...alhamdulillah segala apa yang berlaku semua mempunyai hikmah disebalik kejadian. sesungguhnya anak anak adalah kekuatan dan anugerah Allah yang tak ternilai harganya. kita sebagai ibu bapa adalah pendorong dan contoh terbaik kepada anak anak dan sesungguhnya Allah swt yang akan menentukan segala-galanya.

aku dan hubby datang daripada latar belakang keluarga yang mengamalkan kehidupan sederhana alhamdulillah kalau bawak anak anak pergi berjalan ke shopping mall takdelah anak anak merengek tak tentu pasal kalau tak dapat beli barang barang yang berkenan. tapi yang bagusnya anak anak aku ni semua cukup suka kalau bawak masuk kedai buku. anak aku puteri sulong memang seorang yang kreatif dan rajin belajar. cita cita dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah 'scientist' masyaAllah, doa mama dan papa sentiasa untuk anak anak mama. puteri bongsu yang petah bercakap tu ada dua kerjaya yang dia minat, guru dan chef dalam pada tu aku ada nampak juga bakat dia dalam bidang keusahawanan (suka main jual jual) hehehe insyaAllah. satu satunya putera hati mama dan papa  ni apa lagi kalau bukan kereta, lori, bus trucks, train dan rayyan juga cukup minat menyonteng hehehehe, bukan conteng dinding tau, dia ada scrap book dia aku belikan. tak sampai seminggu mesti habis dia conteng, semuanya ada unsur unsur bulatan (tayar / roda / stereng). bijak budak budak zaman sekarang ni.

gadjet?? mmm jangan cakaplah, si rayyan yang paling kecik baru dua tahun lima bulan tu pun dah pandai kendalikan. kalau tak main game, tengok youtube upin ipin lah, cars atau apa apa cartoon yang dia biasa tonton dekat channel 615 disney junior or disney channel tak sure. kakak2 dialah yang tolong searchkan. alhamdulillah darwisyah dah pandai membaca sebelum masuk standard one tahun depan, takdelah ralat nanti dalam kelas. darwisyah pandai baca atas bantuan kakak dia dania, aku ada jugak membantu.

lepas ni aku memang kene bagi tumpuan yang lebih pada pelajaran anak anak. InsyaAllah....Amin

:-)

ibu tunggal di usia muda

anak anak semua dah tidur, tinggallah aku sorang2 tengok tv. harini rayyan memang betul betul betul lasak, mmm...mcm biasalah lasak dia. tapi bila hubby takde memang terasa tak boleh nak handle sorang2. walaubgmanapun sebagai seorang ibu dan isteri yg pandai berdikari aku kenelah handle juga. cewahh...hehehe

tapi bila difikir2 balik macam manalah ibu2 tunggal yang ditinggal suami tak kiralah cerai hidup atau cerai mati, mahupun yang hilang tanpa berita. memang besar pengorbanan dan berat tangungjawab tu. memang aku betul2 respek pada ibu2 tunggal diluar sana. aku sendiri ada kawan2 dikalangan mereka ni, walapun masih muda....mmm muda ke da nak masuk 33 tahun da tahun depan hehehe tapi derang tetap tabah dan langsung tak putus asa dalam membesarkan anak2 yang disayangi.




ni gambar kawan2 aku yg aku maksudkan. sayang mereka.... :-)

Coklat kurang risiko strok

Bercakap pasal coklat tadi, ini ada sedikit info kesihatan yang mengaitkan tentang coklat.  Selain daripada sedap dan enak dimakan coklat juga boleh mengurangkan risiko penyakit strok. Untuk lebih terperinci lagi boleh click link dibawah ini, selamat membaca :-)

Coklat kurang risiko strok

Jumaat, 2 November 2012

Membiasakan diri

Adehh,... letih dari tadi duk mengadap tablet ni. naik juling gak lah mata, berpinau...masih belum boleh faham lagi macam mana nak mengendalikan blog ni.

Tapi insyaAllah slowly, lama2 biasalahkan. Hubby pulak takde dua tiga harini, ada company trip ke langkawi. Kalau dah ke langkawi tu apa lagi kirim beli coklatlah. Baru2 ni mmg kita orang ada urusan kerja disana, dekat RM200 lebih untuk beli coklat. Memang kami satu keluarga penggemar coklat.


Bermulanya kata kata...

Setelah sekian lama memang dah berhajat nak tulis blog ni, tapi dari sehari ke sehari tak buat jugak. Harini tekad jugak try, since saya masih baru, pada yang senior2 yg dah lama tu tolonglah tunjukkan dan beri pendapat yea.

Sebenarnya menulis blog ni selain daripada kita kongsi cerita kita juga boleh meningkatkan keyakinan diri, iyelah kita keluarkan idea secara spontan.

Baiklah, cukup dulu untuk ketika ini....

:-)